Nota ; Korang bacalah untuk ambil tahu, JANGAN percayakan bulat2 pulak.
Jom tengok spekulasi yg merujuk pada penghujung Disember 2012
Spekulasi 1 - Mayan Doomsday
Suku Maya (di Guatemala) mempunyai kalendar bertarikh panjang yg mengikut kiraan dipanggil Baktun. Satu pusingan kalendar ini mempunyai 13 Baktun. Berdasarkan kiraan tarikh terakhir kalendar Maya, tarikh ini ialah 21 Disember 2012.
Apa yg terjadi selepas tu ? Menurut pengkaji dan suku Maya, satu pusingan kalendar mempunyai 13 Baktun . Umpakan kalendar kita 1 tahun ada 12 bulan, Satu pusingan ada 13 Baktun, selepas Baktun 13 akan masuk semula ke Baktun 1 ...macam lepas bulan Disember masuk Januari.
kalendar ni macam graffiti la
Suku Maya tidak menyebut atau mencatat akan berlaku kiamat dan akhir zaman, apa yg berlaku hanyalah tamatnya satu pusingan kalendar Maya dan menuju ke era baru. Era baru ini boleh disamakan proses nak masuk tahun baru bagi kalendar Gregorian, atau sebelum Muharram bagi kalendar Hijrah.
Kaum Maya mempunyai semangat keagamaan yg tinggi, selepas Baktun 13 tamat, berlaku perubahan spiritual yg hampir sama dengan definasi Hijrah (bukan kalendar Hijrah) atau azam tahun baru. Maka pada tahun depan berazamlah utk perubahan ke arah kehidupan dan spiritual yg lebih baik. psst.. Azam tahun depan ialah nak beli Nexus 7 .
|
Kalendar
Panjang Maya
|
Kalendar
Gregorian
|
|
==>> 13.0.0.0.0
|
August 11, 3114 BCE
|
|
|
1.0.0.0.0
|
November 13, 2720 BCE
|
|
|
2.0.0.0.0
|
February 16, 2325 BCE
|
|
|
3.0.0.0.0
|
May 21, 1931 BCE
|
|
|
4.0.0.0.0
|
August 23, 1537 BCE
|
|
|
5.0.0.0.0
|
November 26, 1143 BCE
|
|
|
6.0.0.0.0
|
February 28, 748 BCE
|
|
|
7.0.0.0.0
|
June 3, 354 BCE
|
|
|
8.0.0.0.0
|
September 5, 41 CE
|
|
|
9.0.0.0.0
|
December 9, 435
|
|
|
10.0.0.0.0
|
March 13, 830
|
|
|
11.0.0.0.0
|
June 15, 1224
|
|
|
12.0.0.0.0
|
September 18, 1618
|
|
|
==>> 13.0.0.0.0
|
21-Dec-12
|
|
|
14.0.0.0.0
|
26-Mar-07
|
|
|
15.0.0.0.0
|
28-Jun-01
|
|
|
16.0.0.0.0
|
1-Oct-95
|
|
|
17.0.0.0.0
|
3-Jan-90
|
|
|
18.0.0.0.0
|
7-Apr-84
|
|
|
19.0.0.0.0
|
11-Jul-78
|
|
|
1.0.0.0.0.0
|
13-Oct-72
|
Inilah tercetusnya idea 'kiamat' akan berlaku pada kiraan tarikh penghujung kalendar Mayan yg bersamaan dengan 21 Disember 2012. Cerita ini direka2 dan diperbesarkan sehingga keturunan Mayan di Guatemala sendiri bersuara dan menggesa supaya menghentikan spekulasi ini.
Maya demand an end to doomsday myth
(AFP) – Oct 24, 2012
GUATEMALA CITY — Guatemala's Mayan people accused the government and tour groups on Wednesday of perpetuating the myth that their calendar foresees the imminent end of the world for monetary gain.
"We are speaking out against deceit, lies and twisting of the truth, and turning us into folklore-for-profit. They are not telling the truth about time cycles," charged Felipe Gomez, leader of the Maya alliance Oxlaljuj Ajpop. -sumber
memberi tumpuan dengan melelapkan mata
S ; Apa yg berlaku selepas Baktun 13
J ; Selepas Baktun 13 kembali ke Baktun 1
S ; Apa yg berlaku selepas Disember 2012
J ; Selepas Disember 2012 ialah Januari 2013 la
Spekulasi 2 - New Age , Zaman Baharu & Era Aquarius
Kalendar Maya telah memberi kesan dan pengaruh yg tinggi terhadap golongan spiritual yg dikenali sebagai New Age. Mereka ni mempunyai senstiviti kerohanian yg tinggi, percaya kepada unsur mistik dan kewujudan alam diatas kuasa Yg Maha Bijaksana. Kata mereka , manusia akan mengalami fasa baru ke arah perubahan hidup yg lebih yakin dengan kombinasi gaya hidup rohani, unsur agama dan sains. Golongan ini biasanya mempunyai sifat lemah lembut, simpati dan kesedaran sivik yg tinggi.
Spekulasi 3 - Planet X - Nibiru
Teori kehancuran bumi dan perlanggaran bintang lain antara yg paling popular sekali. Zacaria Sitchin ni seorang pengkaji bintang kuno (ancient astronaut) yg membuat penterjemahan kalendar bulan & bintang yg dikatakan tepat oleh kaum tamadun Mesopotamia Babylon. Sitchin membuat rumusan di penghujung Disember ni akan muncul mitos planet x yg dinamakan 'Nibiru', dan pada masa tersebut Bumi akan dilanggar atau hampir dilanggar oleh planet yg 4x lebih besar dari bumi.
Teori kehancuran bumi dan perlanggaran bintang lain antara yg paling popular sekali. Zacaria Sitchin ni seorang pengkaji bintang kuno (ancient astronaut) yg membuat penterjemahan kalendar bulan & bintang yg dikatakan tepat oleh kaum tamadun Mesopotamia Babylon. Sitchin membuat rumusan di penghujung Disember ni akan muncul mitos planet x yg dinamakan 'Nibiru', dan pada masa tersebut Bumi akan dilanggar atau hampir dilanggar oleh planet yg 4x lebih besar dari bumi.
Zecharia Sitchin dengan plak dari zaman Mesopotamia
Astronomi & ahli arkeologi mengkritik kajian Sitchin kerana mencemari kajian dengan rujukan kitab Injil dan gabungan fantasi Mesopotamia yg melemahkan logik sains. Pengarang telah mengambil analisis Dr (PHD) S.Heiser dari Universiti Wisconsin-Madison pakar dalam bidang Sejarah bahasa Semitic & Injil kuno.
Perhatikan 12 bintikan yg dikelilingi 'Matahari' seperti didakwai Zecharia Sitchin.
Ini pula kompilasi zodiak yg digunakan oleh kaum Mesopotamia, di bahagian bawah simbol ular terdapat
(dari kiri ke kanan) bulatan simbol bulan, matahari dan bintang.
Sekarang perhatikan pula simbol astrologi dari tamadun Mesopotamia Babylon. Plak ini juga berasal dari era tamadun Mesopotamia Babylon.
simbol kiri = bulan
simbol tengah = matahari
simbol kanan = bintang
Jika dibandingkan dengan gambar di atas, bintikan objek yg mengelilingi itu ialah Bintang, bukan Matahari seperti yg didakwa oleh Sitchin.
Kiri = bintang
Kanan = matahari
Maka penemuan Sitchin adalah salah dan menyeleweng kerana objek yg besar itu ialah bintang bukan matahari yg mungkin tiada kena mengena langsung dengan Nibiru.
Dakwaan Sitchin mengenai mahatari adalah salah kerana ia adalah bintang
Persoalannya, sekiranya objek Nibiru benar-benar wujud dan menghampiri bumi bukankah objek ini boleh dilihat dengan mata kasar dengan mengguanakan teleskop cap ayam di hamparan langit ? Sekarang ni pun dah masuk bulan Disember 2012 tapi masih tak kelihatan juga tanda2 kedatangan Nibiru bukan ?
sumber
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Fenomena_2012
- http://en.wikipedia.org/wiki/Mesoamerican_Long_Count_calendar
- http://en.wikipedia.org/wiki/Nibiru_cataclysm
- http://en.wikipedia.org/wiki/Zecharia_Sitchin
- http://www.badastronomy.com/bad/misc/planetx/nutshell.html
- http://worldsend2012.blogspot.com/
- http://www.armageddononline.org/2012.php
- http://theyear2012.blogspot.com/
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Baru
- http://www.huffingtonpost.com/2012/10/31/mayans-protest-2012-doomsday-predictions_n_2050519.html
- http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gywyFBlDnkiDery2-7rJ3p_bh4Yw?docId=CNG.605e760da9a75d18cb2cc9a43635cd05.5a1









0 ulasan:
Catat Ulasan